Santan Kelapa Bahan Pokok Pembuatan Bolu Koja Hijau
Credit to Google Images |
Asid lemak di dalam santan adalah asid laurik, iaitu lemak yang sejenis dengan lemak yang banyak ditemui dalam susu ibu. Lemak ini sangat membantu dalam perkembangan otak dan menguatkan tulang. Selain itu, lemak di dalam santan terdiri daripada asid lemak rantaian sederhana (MCFA). Ia merupakan asid lemak perlu paling penting dalam membina dan mengekal sistem imun tubuh.
Santan membekalkan sumber nutrisi yang sangat baik bagi mereka yang sedang menjalani proses penurunan berat badan. Ini kerana MCFA cepat diasimilasi ke dalam tubuh. Maksudnya, asid lemak ini tidak menjadi lemak di dalam tubuh sebagaimana yang berlaku kepada asid lemak rantaian panjang di dalam susu lembu.
Antara kebaikan-kebaikan santan kelapa asli:
- Merupakan sumber nutrisi untuk memberi tenaga segera kepada tubuh.
- Menyokong penyembuhan dan pembaikan tisu.
- Baik untuk kesihatan gigi dan mulut.
- Membantu menghindarkan penyakit hati.
- Membantu menghindarkan obesiti dan masalah berat badan.
- Baik untuk kesihatan kulit dan rambut.
- Memperbaiki penghadaman dan penyerapan nutrisi lain termasuk vitamin, mineral dan asid amino.
Sumber: Majalah ANIS, Januari 2011.
0 komentar:
Posting Komentar